Wednesday, December 17, 2008

DAPAT ANUGERAH ABFM 08

Alhamdulillah, kami menang kategori Kemasyarakatan dan kesukarelaan terbaik. Gambar2 akan saya masukkan kemudian. nak menangis rasanya dapat naik pentas. Duit kemenangan akan kami gunakan untuk bawa belia dan sebahagian anak yatim ke Teluk senangin Lumut. Kami akan buat program motivasi sikit kat sana. Sapa-sapa yang dapat pamplet kami waktu kat PICC tu,t engok-tengokkan sikit. 4 orang pelajar nurul ihsan bersemangat edarkan hari tu. mana taknya bertenaga lepas dapat tidur hotel 5*. Belia felda cerul- tq support kami. Sekian

Friday, October 31, 2008

PENILAIAN ABFM 2008

Alhamdulillah
Penilaian dah selesai. Wakil penilai En.Nik Hasrul, En.Nazir dan En.Rahim selesai menjalan tugas di Felda Lasah.
Terima Kasih kerana meluangkan masa melawat asrama kami. Mudah-mudahan rezeki kami dipanjangkan dengan kehadiran tuan berserta Tuan Shamsuddin Penyelaras seranta Perak.
Kami warga Nurul Ihsan berdoa agar diberikan anugerah untuk Belia Generasi Felda Lasah yang banyak membantu kami.
Kepada sekelian pembaca besarlah harapan kami untuk anugerah ini untuk lebih mempromosi lagi asrama kami ke PICC. Selamat jalan untun 43 wakil belia generasi ke PICC. Wassalam.

Sunday, October 19, 2008

PELAJAR PUTERA NURUL IHSAN

PELAJAR PUTERI NURUL IHSAN


ABFM 2008

Hari jumaat ni 24/10 rombongan penilai dari anugerah belia felda malaysia akan datang ke asrama ini. Asrama akan di nilai untuk pemarkahan persatuan belia generasi felda lasah kerana kami belia felda lasah terdiri dari Ustaz Sham, Hadi, Pendi, Lan Rawi, Dogan dan JK Kebajikan sama-sama memikirkan kemajuan asrama ni coz kami semua Jk persatuan belia felda lasah. Untuk pengetahuan semua kami adalah anak-anak peneroka felda lasah.
Doa dari semua agar penilai nampak usaha murni kami ini. Kepada penilai, selamat datang ke asrama Nurul Ihsan dan ke Felda Lasah

Friday, October 17, 2008

TERIMA KASIH

Allah sahaja dapat membalas jasa dan pertolongan cik/tuan@tuan ,saya masih belum mengenalinya. Harap dapat berjumpa untuk berkenalan dan mengucapkan terima kasih yang sebenarnya.
Bukan niat untuk meminta tetapi ingin menambah perkembangan kami dengan sempurna. Alhamdulillah flyers baru ada address ni. untuk tatapan umum. apa-apa hubungi add nurulihsan@rocketmail.com untuk discussion.

Monday, September 22, 2008

Berbesar Hati

Saya sangat berbesar hati menyerahkan blog ini untuk dikendalikan oleh pihak pengurusan Asrama Anak Anak yatim Nurul Ihsan.Alhamdulillah...moga segala galanya akan berjalan dengan lancar.Terasa usaha saya amat dihargai kerana blog ini diterima baik oleh pihak Asrama Anak yatim ini.

Saya amat berharap usaha ini akan mendapat sokongan dari perbagai pihak nanti.Insyaallah saya akan membantu kiranya bantuan saya diperlukan.

Friday, July 11, 2008

Telah Diedarkan


Templete telah diedarkan ke beberapa buah surau berdekatan Taman Perpaduan...sekiranya ada pertanyaan...sila hubungi pihak pengurusan Asrama Anak Anak yatim.

Thursday, July 10, 2008

SILA HUBUNGI...


ASRAMA ANAK ANAK YATIM NURUL IHSAN

KAMPUNG TALANG TENGAH,31120 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

no tel : 05-5984708 / 05-5984715 / 019-5774553

MISI

1.Membantu serta mengumpul anak anak yatim dibawah satu bumbung.

2.Menjaga,mendidik dan mengasuh anak anak yatim dengan didikan Islam yang semperna.

3.Membiayai dan menguruskan persekolahan serta sarahidup mereka.

4.Menerima dan mentadbir sumbangan daripada masyarakat untuk anak anak yatim.

5.Memberi nikmat kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu dan ayah.

6.Menjalinkan kasih sayang di antara anak anak yatim dan masyarakat luar umumnya yang sama sama ingin membuat kebaikan atas dasar mencintai Allah dan sunnah Rasulullah.

VISI

...menyediakan prasana Islam yang semperna dan terpelihara bagi melahirkan anak anak yatim yang berilmu,beramal,bertanggungjawab serta menghormati orang tua serta mewarisi perjuangan agama,bangsa dan negara.

PENGENALAN

Asrama anak anak yatim Nurul Ihsan dibuka pada 2003 oleh Persatuan Kebajikan Anak anak Yatim Nurul Ihsan Sungai Siput (U) dan didaftarkan dengaan rasminya pada 2005dibawah akta pertubuhan dengan No Pendaftaran :1714-05-4.Komplek asrama selus 8 ekar ini di majukan bagi menampung keselesaan kehidupan dan pembelajaran bagi 80 orang anak yatim.


SEULAS BICARA


...ermm...tengahari tadi saya didatang oleh Puan Azizah...beserta 2 orang lagi teman sekerjanya...bertujuan meminta derma untuk Asrama anak anak yatim Nurul Ihsan Sungai Siput(U) Perak.

Menurut kata Puan Azizah...asrama anak anak yatim ini memerlukan dana bagi menyempurnakan pengurusan dan kebajikan anak anak yatim diNurul Ihsan...agaknya Allah membukakan pintu hati mereka kesini...mereka menunjukkan profile asrama anak anak yatim untuk kami lihat dan mempelawa agar kami datang melawat...saya kata,"Insyaallah saya akan kesana".

...hehehe...agaknya mesti orang akan kata saya ini sememangnya suka meminta minta...Subhanallah...saya meminta kepada yang ada...untuk mereka yang tiada...sekali lagi saya meminta kepada para pembaca budiman untuk menghulurkan bantuan kepada Asrama Anak Anak Yatim ini...

**saya akan cuba dapatkan gambar gambar terbaru jika ada kelapangan...Insyaallah...